Family Retreat untuk tahun 2010 ini telah berlangsung di Kota Tinggi, Johor di bawah anjuran Abg Isa dan Kak Noi sekeluarga..... (dengan dak Shukor je la.... hehe)

Program telah berlangsung pada 27 dan 28 November 2010 (Sabtu dan Ahad) setelah berberapa kali dibincangkan tarikh memandangkan pihak penganjur dan pihak yang dianjur agak sebok (dan ada gak yang menyebokkan diri jer...)

Hurm... acara dimulakan dengan berkumpul di Villa Abg Isa di Kota Tinggi ( kebun le tuuu.....), makan tengahari di banglo nyer dan mandi manda di "air terjun mini", ada gak aktiviti memancing tapi bukan la kat sungai atau kolam ikan tapi kat dalam tangki ikan.... (haha.... dapat pulak tu ikan).

Pada hari kedua , semua yang terlibat telah mengikuti rombongan Cik Kiah ke Kg Makam melawat tempat yang penuh sejarah dan juga ke Muzium Kota Tinggi.

Selepas makan tengahari semua pun pulang ke destinasi masing2 dan kami agak terkilan jugak sebab untuk retreat kali ini masih ada keluarga yang tidak dapat menyertai iaitu Keluarga Abg Zul dan Kak Chah kerana mereka berdua berada di Tanah Suci, maka dengan semua ahli keluarganya tidak dapat hadir (dengan maaf) .... dan juga Kak Nury yang berada di Taiwan.

Penulis juga ingin merakam jutaan terimakasih diatas kesudian Kak Noi kite menyeponsor retreat kali ini dan juga cenderahati yang diberi... dahhh...

So... dibawah ini distorykanlah kisah yang berlaku waktu tuu... ada yang ada foto dan ada yang tidak... (maksudnya ada foto yang tidak dapat dipaparkan kerana ttuuuuuuuuttt... cencored daa....) dan ada jugak kisah yang tidak dapat diciterkan disini sebab masalah keselamatan.... muahahaha.... okay.. saksikanlah ... rolled.... vitik........

Khamis, 3 Februari 2011

Mandi manda di Villa Abg Isa

27 November 2010 (Sabtu), 2 petang.

Seingat penulis hanya penulis sekeluarga (Keluarga Namai le tuu), Akmal , Hairul dan Tiqa berkumpul di rumah Kak Noi untuk bergerak konvoi ke Villa Abg Isa... Keta Kak Noi sarat dengan makanan untuk makan tengahari dan juga BBQ untuk waktu malam....

Hurm ! kira-kira jam 12.30 kami semua bergerak ke sana, jauh gak tempat tuu.... maklumlah dari BBU ke Kota Tinggi... sampai sana terus ke Homestay di Kg Makam... mengikut program kami akan lunch di sana... tetapi agak terkezuuuuut gak sebab kat homestay masih ada orang duduk dan belum klua lagik..... so setelah berbincang-bincang , org tu dah nak check out dah.... jadi untuk tidak melingahkan masa kerana waktu tu dah dekat jam 2 petang kami semua teruskan perjalanan ke Villa Abg Isa...

Sampai kat sana jer kami semua terus le lunch sbb perut dah lapar sesangaaaat.... kendian baru le Abg Kamal, Abg Jalil dan Daniel tiba (depa ni lambat skit sbb gi umah orang kawin dulu)... pastu bru keluarga Liza dan Hisham sampai dari Kluang.

Pekena Roti dulu... dah lapar nii....

Jom menjamu selera.....
Lepas makan sebahagian kami pegi ke Jeram (air terjum mini) untuk mandi manda la apa lagi....... keluarga yang mandi ini adalah keluarga penulis ler....






Kaki Skodeng ................










Yang mana tak mandi apa lagi buat le aktiviti wajib yang lain seperti meninjau-ninjau, bersembang , termenung dan mengutuk.... muahahahah....













Unfortunately tengah depa sronoook2 tu , hari pun hujan... alhamdulillah hujan rahmat tuu.... maka semua pun berkumpulla di Banglo sahaja.





Ada gak yang meneruskan dengan aktiviti memancing, pancing ikan dalam kolam ajelah yer.....



 Yang lain meneruskan dengan mandi manda bagi yang baru tiba.... sejuukkkk tau sebab ari ujan.....










Ha.... mandi tu mandi jugak... pancing tu pancing jugak... kalau tak da orang yang kedapur... kang lepas mandi atau pancing pastinya perut lapar... mestilah nak makan... ha... orang-orang yang tidak ada aktiviti lain memasakla cekodok pisang........ dan jugak ikan bakar... hurm... nyum nyum nyum